www.KerjaDariRumah.net
Penafian Tanggungjawab dan Notis Perundangan

(’Saya’ dan ‘kami’ merujuk kepada Wan Ibrahim, tuanpunya laman web ini)

Penafian Tanggungjawab Pendapatan:  Walaupun kami telah mencuba sedaya upaya untuk memberi maklumat yang tepat mengenai produk atau perkhidmatan pihak kami dan peluang yang berkaitan, namun tiada jaminan yang anda akan memperolehi pendapatan dengan menggunakan teknik dan idea dalam bahan yang dibekalkan. Contoh yang digunakan dalam laman web dan bahan yang kami berikan tidak boleh ditafsirkan sebagai janji atau jaminan memperolehi pendapatan.

Potensi pendapatan bergantung sepenuhnya kepada individu yang menggunakan produk, idea dan teknik. Sistem yang dipromosikan ini bukan “skim cepat kaya.” Tahap pencapaian seseorang untuk mendapat pulangan seperti yang dinyatakan dalam bahan yang diberi bergantung kepada masa yang diperuntukkan untuk melaksana program, idea dan teknik yang diberikan, kewangan, pengetahuan dan kemahiran masing-masing..

Memandang faktor ini berubah mengikut setiap individu, maka kami tidak boleh memberi jaminan kejayaan anda atau tahap pendapatan. Kami juga tidak bertanggungjawab atas apa-apa tindakan yang anda lakukan. bahan yang kami sediakan adalah untuk tujuan pengetahuan semata-mata. Sekiranya perlu, anda hendaklah meminta pandangan dan nasihat dari mereka yang mempunyai tauliah dalam bidang berkenaan.

 

Laman Utama | Penafian tanggungjawab | Polisi Kerahsiaan

Hakcipta © 2009 www.KerjaDariRumah.net. Semua Hak Terpelihara.